Monday, October 24, 2016

Gagal UPU masih ada peluang untuk berjaya

Assalammualaikum W.B.T.. Hai semua! Apa khabar? Luar biasa hebat bagus sekali? Entry kali ni aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku yang gagal untuk permohonan UPU untuk pengambilan pertama. Siapa je yang tak frust bila GAGAL UPU?? Masa tu macam biasa lepas habis SPM aku carilah kerja sementara nak masuk belajar. Kehidupan lepas SPM berbeza sangat sebab segala keputusan hidup kau, kau yang tentukan. Kalau parents korang yang tentukan nasib la nakkk.. Nak dijadikan cerita aku ni jenis suka survey. Cita-cita aku daripada zaman sekolah menengah lagi teringin nak masuk UiTM. Aku tak tahu kenapa tak de hati dekat universiti lain. Kawan aku ada la cadangkan pergi ke Selangkah ke UiTM. Daripada situ macam-macam informasi aku dapat. Setiap fakulti ada booth dia dan tu je peluang aku nak tanya macam-macam terutama pasal kelayakan. Aku budak sains tulen la kononnya tapi kalau subjek kau tak kredit sama je. Kau gagal menguasai subjek tu. Maksud subjek tak kredit ialah bila kau dapat keputusan SPM kau kena skor C dan ke atas. bawah daripada C kau dikira tak kredit untuk subjek tersebut. Masuk UiTM kalau dapat C- kau dikira GAGAL dan terpaksa mengulang subjek tersebut untuk semester hadapan. SPM aku ada tiga pelajaran tak kredit dan semua tu bidang sains iaitu Kimia, Fizik dan Biologi. Semua subjek ni aku dapat D tau! Sebelum tu aku ada masuk ke Tingkatan 6 sekejap kat SMK Petaling Jaya sekolah yang baru dan guna sistem yang baru juga. Tapi, aku belajar bidang bukan sains. Masa tu aku baru sedar yang aku ni tak berminat untuk belajar perkara yang bukan sains. Jadi, nak tak nak aku terpaksa cari jalan untuk aku belajar pasal sains lagi. Pada mulanya aku pergi ke booth fakulti Matematik dan Sains Komputer akan tetapi aku tak layak untuk mohon course tu. Pensyarah tu pun suruh la aku mohon Pra-Diploma Sains dibawah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Pra Diploma ada dua bahagian satu sains lagi satu perdagangan. Syarat Pra Diploma Sains ni ada masa selama setahun ( dua semester) dan kau kena skor CGPA 3.0 dan ke atas barulah kau lepas nak masuk diploma bidang sains. Kalau gagal, kau kena masuk semester yang kedua. Kalau perdagangan plak kena skor sekurang-kurangnya CGPA 2.5. Pada mulanya, aku tak yakin aku boleh skor pointer aku. Yela SPM dulu aku kantoi kot bidang sains. Bila dah mula kuliyah aku pun berazam nak dapatkan CGPA 4.0. Aku dapat tawaran belajar Pra-Diploma Sains di UiTM, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Disebabkan aku nak sambung belajar ke peringkat diploma dan tak nak duduk lama-lama masa Pra Diploma Sains aku pun belajar bersungguh-sungguh. Oh ya! Bila kau daftar dibawah MDAB setiap dua minggu sekali pihak UiTM akan masukkan duit elaun makan. Yuran pun tak perlu bayar. Borang MDAB aku dapat masa Selangkah ke UiTM dan hantar borang pun masa program tu juga. Ramai kata sains ni susah tapi bagi aku kalau tak belajar memang lah susah. Peringkat Pra Diploma ni macam kau belajar balik masa zaman sekolah dan belajar sikit subjek peringkat universiti. Sebagai contoh, masa pra diploma kau belajar Matematik tetapi tu dah dikira kau belajar Pre Calculus. Masa diploma ada fakulti kena ambil Pre Calculus. Sesetengah fakulti terus lompat ambil subjek Calculus I terus. Alhamdulillah keputusan Pra-Diploma aku okey laaa walaupun tak capai target. Aku dapat CGPA 3.70.. Sekarang, aku tengah sambung Diploma Kejuteraan Kimia. :) lagi satu semester dan Latihan Industri (LI) kemudian tamatlah diploma aku. Doakan aku agar sukses untuk masa depan ye. Kalau ada soalan bolehlah drop comment. In Sha Allah aku akan balas.